Kebiasaannya,apabila sesebuah tempat atau perkampungan ditinggalkan atau tidak didiami,tempat tersebut akan dikaitkan dengan elemen misteri atau mistik.Ada pula kepercayaan yang makhluk halus akan‘mengambil alih’sesuatu tempat tidak kiralah di mana pun asalkan ia merupakan tempat yang lama telah ditinggalkan dan tidak didiami oleh manusia.

Satu perkampungan nelayan di China telah menjadi sangat cantik walaupun perkampungan tersebut telah lama ditinggalkan sehinggakan perkampungan tersebut dipenuhi tumbuhan-tumbuhan hijau sehingga menukarkan kampung tersebut menjadi ‘kampung hijau’.

Dipenuhi tumbuhan menjalar 

Perkampungan nelayan tersebut terletak di timur kepulauan Shengshan kira-kira 90 kilometer dari Shanghai,China.Perkampungan tersebut dapat dilihat dengan tumbuhan hijau yang menjalar dan menyelimuti tembok batu, di celah-celah tingkap dan pintu membuatkan perkampungan tersebut tampak seperti ‘ditelan’ oleh alam semulajadi.
Pada suatu masa dulu,kampung ini telah menjadi tempat hub bagi aktiviti perikanan sebelum ia mula perlahan-lahan menjadi hutan menghijau yang dipenuhi bangunan yang telah ditinggalkan.

Tiada fasiliti untuk penduduk

Perkampungan tersebut ditinggalkan kerana pendudukya telah memilih untuk bekerja di tanah besar kerana hasil tangkapan lebih senang untuk dijual serta diangkut.
China merupakan salah satu daripada pengeluar ikan yang terbesar di dunia,namun penguatkuasaan yang agak rendah telah menyebabkan stok ikan berkurangan secara mendadak.Graduan universiti yang pernah tinggal di perkampungan tersebut,Wang Yi menceritakan kembali bagaimana kampung berkenaan mula ditinggalkan sebelum keluarganya berpindah ketika dia berusia 5 tahun, .
Menurut Wang Yi kepada South China Morning Post, kebanyakan dari 600 keluarga yang pernah tinggal di sana meninggalkan Houtouwan kerana kekurangan kemudahan fasiliti seperti jalan perhubungan serta sekolah.
“Kenderaan memang susah nak dapat. Guru-guru pun sukar untuk ke sini dari bandar Shengshan. Terlalu jauh untuk mereka. Sampai ketika gelap, balik pun gelap.”

Hijau hampir seluruh tempat

Dihuni 5 orang


Walau bagaimanapun,kawasan yang menghijau itu tidak ditinggalkan dengan sepenuhnya.Sekarang, ada 5 orang telah menghuni kawasan tersebut bersama anjing peliharaan mereka yang bebas untuk berkeliaran di rumah-rumah kosong.
Lin Fazhen,merupakan salah seorang penduduk di kawasan tersebut merupakan seorang peniaga kedai runcit yang menjual arak, rokok,peralatan nelayan,makanan serta buah yang diimport dari tanah besar.
“Orang takut dan kata ada hantu berkeliaran di kawasan ni sebab tu dipanggil ‘kampung hantu’. Saya dah hidup di dunia ni lama dah, tapi tak pernah sekali pun jumpa satu.”

Ada suku ekar tanaman


Setelah tempat itu ditinggalkan,Lin Fazhen mula menanam kobis bunga, kubis, salad, saderi dan selasih.Dia kini mempunyai kebun dengan keluasan suku ekar tanaman di sekitar rumahnya.