Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump melalui akaun Twitternya, beliau berkata yang beliau telah menawarkan sebarang pertolongan yang China perlukan untuk mengekang wabak koronavirus. Selain itu, beliau turut menyatakan yang Amerika Syarikat mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan negara China.

“Sangat sedikit kes-kes yang dilaporkan di Amerika Syarikat, tetapi ianya sentiasa dalam pemantauan. Kami sudah menawarkan kepada China dan Presiden Xi apa saja bantuan yang mereka perlukan. Kepakaran pakar kami amat luar biasa”

Sumber: Voa News