Kerjaya sebagai anggota bomba sangatlah mencabar daripada segi fizikal mahupun mental. Mereka telah menyumbang bakti yang tidak terkira nilainya kepada negara kita. Mereka melakukan pelbagai tugasan menyelamat, contohnya seperti, menangkap haiwan-haiwan berbisa, memadamkan kebakaran, dan lain-lain lagi.

Menerusi kiriman Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, terdapat seorang lelaki yang bernama Kenny Tan telah membalas jasa anggota-anggota bomba yang telah menyelamatkan dirinya yang terlibat dalam kemalangan semasa berbasikal pada tahun 2019 yang lepas.

Hari ini kami berasa amat terharu dengan kehadiran Kenny Tan..seseorang yang pernah kami selamatkan semasa beliau mengalami kemalangan (patah kaki) ketika melakukan aktiviti berbasikal pada 30 Ogos 2019 yang lalu.

Hadirnya membawa banyak sekali makanan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan.

“Kami berasa gembira kerana mangsa yang pernah diselamatkan sudah pun sembuh seperti sediakala.”

“Terima kasih juga kerana masih mengingati kami sebagai penyelamat anda,.

“Siap sedia setiap masa”

Sumber: Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur