Psephurus Gladius, seekor ikan yang dipanggil dengan nama Chinese paddlefish merupakan spesies ikan air tawar yang terbesar di China.Ia berasal dari Sungai Yangtze.Walau bagaimanpun, ikan ini telah disahkan pupus.Ia telah disahkan melalui satu kajian yang telah dilakukan oleh ahli pengkaji China di Institut Penyelidikan Perikanan Sungai Yangtze.

Menurut kajian tersebut yang dikeluarkan pada 23 Disember lalu dalam Jurnal Sains Alam Sekitar, ikan ini dipercayai telah pupus antara tahun 2005 hingga 2010 yang lalu.

Wei Qiwei, salah seorang penulis yang mengambil bahagian dalam kajian tersebut telah berkata yang kesimpulan ini dibuat berdasarkan penilaian oleh panel pakar yang disusun oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam di Shanghai.

Chinese paddlefish ini mempunyai panjang kira-kira 2 hingga 3 meter dan ia juga boleh mencecah hingga 7 meter.Ikan ini telah wujud sejak 15 juta tahun yang lalu.

Ikan ini telah tersenarai antara haiwan yang sedang diancam kepupusan sejak tahun 1996 lagi.

Kali terakhir ikan ini ditemui adalah pada tahun 2003 lalu.Sejak dari tahun itu, tiada lagi penemuan ikan ini dilaporkan.

Chinese paddlefish begitu besar sehingga sukar untuk ditangkap,” kata Wei.

“Antara tahun 1984 dan 1993, beliau pernah menyelamatkan empat ikan yang terperangkap, tetapi hanya satu yang berjaya diselamatkan dan dilepaskan kembali ke sungai”, tambah Wei lagi.

Kepupusan ikan ini telah menarik perhatian daripada orang ramai kerana orang ramai dilihat menyuarakan rasa sedih terhadap kepupusan haiwan ini.

Orang ramai juga berharap agar haiwan terancam yang lain dapat dilindungi dengan lebih baik agar generasi akan datang dapat melihatnya.

Sumber: The Straits Times Singapore