Baru-baru ini, pelakon Noralbaniah telah memuat naik gambarnya yang sedang memakai baju seragam seorang tukang cuci. Gambarnya itu telah menjadi kecoh dalam kalangan kenalannya.

 Pelakon era 90-an itu menyatakan yang majoriti menyangka yang pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan sebenarnya sehingga ada yang bertanya mengenai kesahihan perkara itu.

 Albaniah berkata, yang tidak salah jika itu pekerjaannya yang sebenar kerana ia juga merupakan salah satu sumber untuk mencari rezeki.

“Kecoh pasal post gambar pakai baju cleaner semalam. Ada yang call tanya… Betul ke?

“Sebenarnya bagi saya, apa salahnya. Sesiapa pun boleh post apa-apa pun. Kalau saya cleaner, itu satu pekerjaan yang baik. Halal, kalau tak kerja, you all nak bagi duit ke? Susah, orang lagi kutuk.

“Takkan nak tunjuk yang hebat-hebat dan mewah sahaja dalam Instagram. Not me…. I’m not hipocrite.

“Please, sekarang saya bagi post yang paling ceria. Tak kisahlah kerja apa pun… puas tak…!! Tiada cleaner, toilet tak bersih pun orang complain kan!?” tulisnya.

Albaniah berkongsi mengenai perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Sebelum ini, pelakon itu turut memuat naik entri tentang pekerjaannya sebagai seorang pencuci.

“Ada lagi ke orang nak pandang kalau ini pengakhiran untuk diri ini.. Peringatan untuk diri sendiri..”

“Apa yang kita ada bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Tak kiralah pekerjaan, ataupun orang terdekat.. Selalulah hargai semuanya sebelum terlambat,” katanya.

Sumber: AstroAwani