Pada suatu masa dahulu,tulisan Jawi telah digunakan secara meluas di kawasan Kepulauan Melayu.Ia digunakan dalam pelbagai bidang antara bidang tersebut ialah bidang falsafah, perundangan, sastera dan banyak lagi.Selain itu,pelbagai penulisan dokumen-dokumen penting turut ditulis menggunakan tulisan Jawi.Dengan ini,ia telah membuktikan betapa penting peranannya di Malaysia.

Walau bagaimanapun, selari dengan peredaran masa, penggunaan tulisan Jawi semakin berkurangan.  Tetapi tidak bagi Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang amat meminati tulisan Jawi ini.

Walapun baginda pandai membaca, Tunku berkata tidak mudah menulis tulisan Jawi kerana tulisan unik ini merupakan satu seni.

Akan tetapi, ada segelintir individu yang menyatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh baginda ini sebagai suatu bentuk  ‘rasisme’ dengan mengaitkan bahawa penulisan mengikut identiti budaya ini tidak boleh dipaksa kepada kaum lain.

Melihat perkara itu, Tunku mengatakan yang perkara yang baginda katakan itu tidak  ada kaitan langsung dengan sifat rasis tetapi sebagai satu bentuk penghargaan kepada keindahan tulisan Jawi itu sendiri.

Menerusi kiriman terbaru di Twitter, Tunku turut memuat naik satu kenyataan ‘amaran’ dengan berseloroh untuk men’jawi’kan mereka yang menuduh baginda sebagai berpolitik dan bersifat rasis dalam media sosial.

Netizen-netizen yang mengikuti perkembangan isu ini turut memberikan pelbagai reaksi. Rata-rata rakyat dapat dilihat memberikan sokongan kepada Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat jelata ini.

Saya dan ramai rakyat Malaysia menyokong Tuanku


Perlu dihukum sebagai pengajaran

Mereka yang menuduh Tuanku sebagai berpolitik dan ‘racist’ adalah bodoh


Kenapa orang tolak ilmu?

Sumber:@cheminahsayang