Aktiviti food hunting tidak lengkap rasanya jika tidak meletakkan Ipoh, Perak sebagai salah satu lokasi wajib dikunjungi. Pelbagai restoran dan kafe wujud dengan juadah istimewa menjadikan bandar itu cukup unik. Antaranya adalah kafe ala Harry Potter yang masih belum ramai mengetahui akan kewujudannya.

Rugi sangat jika anda sendiri tidak pernah mengunjungi bandar yang terletak di negeri Perak ini. Manakan tidak saban hari ada sahaja kafe baru yang tumbuh bagaikan hujan’ di bandar itu. Belum lagi ditambah dengan kedai-kedai makan yang sedia ada dan terkenal.

Kafe berkonsepkan inspirasi dari filem Harry Potter ini antara yang menarik untuk dikunjungi. Menerusi perkongsian oleh Nur Mazlina Bt Azli di Twitter, kafe tersebut sangat menarik untuk dikunjungi.


Pintu depan kafe ini.


 Ini kerana selain dari boleh lepak-lepak sambil minum kopi, kafe ala Harry Potter ini juga cukup menarik untuk merakamkan gambar. Tambah gadis berusia 23 tahun ini lagi, biarpun berasal dari bandar itu namun dia sendiri tidak tahu akan kewujudan kafe tersebut.



Pemandangan luar.



Menurutnya lagi dia yang seringkali ke sebuah lagi kafe berhampiran di lorong Concubine tertarik untuk singgah membeli minuman. Kemudian dia disapa pekerja di situ dan memberi kebenaran untuk menggunakan prop di kafe tersebut untuk merakamkan gambar.


Suasana dalam kafe.

 Selain itu, Nur Mazlina yang turut bekerja sebagai barista di Starbucks turut mengesyorkan air Butterscotch float untuk dicuba. Untuk yang tertanya-tanya, nama kafe ini ialah ‘Platform 9 1/2’.


Air Butterscotch Float dan rakannya yang mencuba pakaian disediakan.


Jadi jika anda berkesempatan ke Ipoh nanti bolehlah singgah di kafe ini dan kawasan sekitarnya ya!


Sumber: nreleen