SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru lebih 1,300 jemaah yang mendirikan solat Jumaat di di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, melakukan ujian COVID-19.

Ia susulan seorang jemaah yang hadir mendirikan solat Jumaat di masjid berkenaan pada 2 Oktober lalu didapati positif COVID-19.https://f9f50cd27a5a2d6e9705c1bf3435a7af.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Serentak itu, JAIS mengarahkan semua aktiviti keagamaan di masjid berkenaan ditangguhkan termasuk solat Jumaat, solat fardu bermula semalam sehingga diumumkan kelak.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata penangguhan itu dilaksanakan berikutan bagi membendung penularan COVID-19 di kawasan berkenaan dan sekitar Selangor.

“Mengikut rekod, bilangan jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari itu seramai 1,310 orang jemaah.

“Oleh itu, JAIS menyeru kepada jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari berkenaan tampil segera melakukan saringan sekiranya bergejala atau melakukan kuarantin kendiri di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, situasi itu akan dibincangkan secara terperinci di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penilaian dan Pengawasan SOP Masjid dan Surau negeri.

“Mesyuarat yang akan dipengerusikan saya dan akan membincangkan tindakan selanjutnya kedudukan masjid ini dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, JAIS hanya membenarkan tiga petugas masjid untuk bertugas bagi melaungkan azan dan melaksanakan solat fardu.

“Kerja pembersihan dan sanitasi sudah dilaksanakan pihak pentadbir masjid hari ini,” katanya.