Negara Korea merupakan antara tempat pelancongan idaman bagi sesetengah orang.Mungkin ia disebabkan keunikan serta keindahan yang ada di negara berkenaan yang membuatkan ramai orang tertarik untuk melancong ke sana.Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika di negara berkenaan terdapat papan tanda yang mempunyai tulisan bahasa Melayu.


Papan tanda ini akan memudahkan rakyat Malaysia yang melancong ke negara berkenaan untuk mendapatkan info.

Selain bahasa Melayu, ada juga bahasa lain yang tertera pada papan tanda berkenaan dan alasannya juga sama.

Papan tanda ini dapat memudahkan para pelancong yang melancong di negara itu, terutama sekali kepada mereka yang baru pertama kali datang ke negara tersebut.

Meskipun bahasanya tidak berapa tepat, namun, usaha yang mereka lakukan haruslah dipuji.Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelancong yang bercuti di negara tersebut.

Sumber: Malay Dialects (Indonesian, Malaysian and Other Malay Variants)