Isu mengenai tulisan Jawi ini masih hangat diperkatakan meskipun isu ini sudah lama menjadi buah mulut rakyat Malaysia.Hal ini kerana Dong Zong telah bertindak menolak usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu memperkenalkan tulisan Jawi kepada sekolah rendah jenis kebangsaan meskipun hanya sebanyak 3 muka surat sahaja.

Tulisan Jawi itu adalah tulisan yang ada di jata negara kita.Tujuannya adalah supaya murid-murid menjadi lebih faham akan simbol-simbol yang ada di jata negara kita. Selain Dong Zong,baru-baru ini,Siti Kassim and the gang juga telah menganjurkan satu press conference untuk menolak pengenalan tulisan Jawi ini disekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Sekarang,Raja Permaisuri Agong,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tutur menyatakan pandangan baginda mengenai isu ini.Menurut baginda,tulisan Jawi tidak lebih dari satu seni yang sama seperti kaligrafi cina.Tambah baginda lagi,ianya amat merugikan sekiranya tulisan Jawi tidak dipelajari kerana ia merupakan sebahagian daripada ilmu pengetahuan.

Sumber:Twitter@cheminahsayang