Nampaknya, dunia sekali lagi telah dikejutkan dengan satu lagi serangan.Serangan kali ini dengan menggunakan bom yang dilaporkan dilakukan oleh Israel ke atas militia pro-Iran.Serangan itu telah mensasarkan sempadan Syria-Iraq.Serangan itu berlaku pada malam Khamis(waktu tempatan).

BREAKING: Israel has bombed pro-Iranian militias on Syria-Iraq border

— The Spectator Index (@spectatorindex) January 10, 2020

Serangan itu dipercayai telah membunuh lapan orang dan kesemua mangsa itu dipercayai ahli kepada militia pro-Iran.Menurut stesen TV di Beirut Al Mayadeen, serangan tersebut mensasarkan trak dan militan.

BREAKING: 8 members of pro-Iranian Iraqi militia killed in airstrike in Syria

— The Spectator Index (@spectatorindex) January 10, 2020

Letupan akibat bom itu telah didengari di kawasan bandar Al-Bukamal dan telah menunjukkan ‘pesawat musuh’ yang terbang sambil berlegar-legar di ruang udara.

Media Arab telah mengaitkan Israel dalam serangan itu.

Sumber: The Jerusalem/ The Times Of Israel