Baru-baru ini, dunia telah dikejutkan dengan tragedi pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines yang telah terhempas.Tragedi ini telah mengorbankan 176 penumpang serta anak kapal.

Selepas tragedi itu, pihak berkuasa Iran telah menyatakan yang mereka tidak menyerahkan kotak hitam pesawat berkenaan kepada Amerika Syarikat.

“Kami tidak akan memberikan kotak hitam kepada pengeluar (Boeing) dan Amerika”
kata ketua Organisasi Penerbangan Awam Iran, Ali Abedzadeh.

Pesawat Ukraine itu telah terhempas dek kerana masalah teknikal pada enjinnya selepas beberapa minit berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Imam Khomeini.

Sumber:Jerusalem Post