Sebelum ini dunia telah dikejutkan dengan peristiwa kematian komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) iaitu Mejar Jeneral Qassim Suleimani.Pembunuhan beliau telah mengundang kerisauan rata-rata netizen yang kemungkinannya akan berlaku perang dunia ketiga dalam masa yang terdekat.

Terbaru, negara Iran telah membuka ‘tawaran’ kepada mana-mana individu yang dapat membunuh Presiden AS, Donald Trump.

Menurut laporan para media, Iran akan memberikan ganjaran wang tunai berjumlah AS80 juta (RM328 juta) bagi mereka yang berjaya membunuh pemimpin terkenal di dunia itu.

“Sesiapa yang membawa kita ketua berambut perang ini, akan kami berikan dia $80 juta.”

Susulan daripada itu, Trump melalui akaun Twitter rasmi miliknya membeitahu amaran keras jika Iran memulakan serang balas.

“Semua kenyataan media ini sebagai pemberitahuan kepada Kongres bahawa AS akan bertindak lebih keras jika Iran menyerang.”

“Amerika Syarikat menghabiskan Dua Trilion Dolar pada Peralatan Ketenteraan. Kami adalah yang terbesar dan TERBAIK di dunia! Jika Iran menyerang Pangkalan Amerika, atau mana-mana orang Amerika, kami akan menghantar beberapa peralatan baru tanpa ragu-ragu.”


These Media Posts will serve as notification to the United States Congress that should Iran strike any U.S. person or target, the United States will quickly & fully strike back, & perhaps in a disproportionate manner. Such legal notice is not required, but is given nevertheless!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 5, 2020

The United States just spent Two Trillion Dollars on Military Equipment. We are the biggest and by far the BEST in the World! If Iran attacks an American Base, or any American, we will be sending some of that brand new beautiful equipment their way…and without hesitation!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 5, 2020

Sumber: Twitter Donald J. Trump, Express.co