Menerusi beberapa laporan daripada beberapa akhbar, Iran telah mengaku yang mereka terlibat dalam nahas pesawat Ukraine yang telah mengorbankan lebih daripada 176 nyawa itu.

Mereka mengatakan yang mereka secara tidak sengaja tertembak pesawat itu selepas pesawat berkenaan berlepas daripada lapangan terbang Khomeini.

Sebelum ini, Iran mendakwa ianya berpunca daripada masalah teknikal pada enjin pesawat. Walau bagaimanapun, hari ini, Iran telah mengaku terlibat dalam nahas berkenaan.

Berikutan daripada pengakuan berkenaan, segelintir netizen telah mula bertanya dalang di sebalik nahas MH17 yang berlaku pada tahun 2014 lalu, yang sehingga hari ini masih belum terjawab.

Kejadian yang menimpa pesawat Ukraine itu sudah pasti sangat serupa dengan nahas MH17.Apa tidaknya, pesawat MH17 juga telah ditembak jatuh ketika konflik berlaku antara Rusia dengan Ukraine pada bulan Julai tahun 2014 lalu.

Nahas pesawat MH17 itu telah mengorbankan seramai 298 penumpang serta anak kapal. Peristiwa itu merupakan antara sejarah hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Namun, diharapkan agar kejadian ini dapat diungkai selepas lebih 5 tahun ia terkubur begitu sahaja

Sumber: Twitter