Terkini, Iran memberi amaran keras yang mereka akan menyerang Haifa(Israel) dan Dubai(UAE) sekiranya Amerika Syarikat membalas semula serangan peluru berpandu mereka yang sasarkan ke dua pangkalan tentera AS di Iraq baru-baru ini.

“Kami beri amaran kepada AS yang dahagakan darah, tindakan jahat, atau agresif terhadap Iran akan menyebabkan tindak balas yang lebih menyakitkan” kata wakil Pnegawal Revolusi Iran (IRGC).

Sebelum ini, Iran telah menyerang dua pangkalan tentera AS di Iraq.

Disebabkan hal ini, pakar-pakar mensarankan rakyat AS yang berada di Dubai, Israel serta Iraq supaya beredar dengan kadar segera.

Sebelum ini Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan yang mereka telah mengambil langkah berkecuali dalam krisis AS-Iran tersebut.

BREAKING: Iran threatens to strike Haifa in Israel and Dubai in the UAE.

— The Spectator Index (@spectatorindex) January 8, 2020

Sumber:The Jerusalem Post