Bagi penggemar telefon pintar keluaran syarikat Apple iaitu iPhone,berita ini mungkin menjadi berita gembira bagi anda – jika anda masih belum membeli iPhone 11.

Apple dijangkakan akan mengeluarkan tujuh model telefon pintar terbaru di pasaran pada tahun hadapan iaitu enam model iPhone 12 dan iPhone SE.

Tiga daripada model berkenaan akan mempunyai rangkaian frekuensi 4G manakala tiga lagi akan dilengkapi rangkaian frekuensi 5G.

Berdasarkan laporan Apple Insider, penganalisis menjangkakan model yang bakal dikeluarkan adalah seperti berikut;

iPhone 12 4G: skrin LCD 6.1 inci, dwikamera
iPhone 12 Pro 4G: skrin OLED 5.4 inci, dwikamera
iPhone 12 Pro 5G: skrin OLED 5.4 inci, dwikamera
iPhone 12 Pro Plus 4G: skrin OLED 6.1 inci, trikamera, Time-of-Flight 3D sensing capabilities
iPhone 12 Pro Plus 5G: skrin OLED 6.1 inci, trikamera dengan ToF
iPhone 12 Pro Max 5G: skrin OLED 6.1 inci, trikamera dengan ToF

Kesemua model juga bakal dilengkapi dengan pengecasan pantas tanpa wayar.Sementara itu, spesifikasi memori mungkin akan tetap sama dengan model asas semasa manakala iPhone model berfrekuensi 5G yang dijual pada harga lebih RM4,900 bakal mempunyai RAM yang lebih dinamik yang telah dinaik taraf.

Sementara itu, iPhone SE yang ditunggu-tunggu bakal dilancarkan pada bulan  Mac tahun hadapan pada harga sekitar RM1,600.