Sejak kebelakangan ini, tweet-tweet Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah dipenuhi dengan tulisan-tulisan Jawi. Meskipun tweet-tweet baginda itu mendapat banyak sokongan daripada rata-rata netizen, namun masih ada lagi individu yang mempertikaikan pendapat-pendapat atau buah akal yang diberikan oleh Tunku Azizah.

Malahan, yang lagi teruk, ada individu yang mempertikaikan soal keturunan Raja Agong serta Permaisuri Agong.Tweet individu tersebut yang mengenai institusi diraja itu telah mendapat reaksi tidak puas hati daripada netizen-netizen.

Melalui tweet individu berkenaan, dia meminta agar pihak kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir supaya mengambil berat isi berkenaan.

Menurut individu tersebut, tulisan Jawi khat merupakan budaya yang diamalkan oleh Kaum Jawa Indonesia.Disebabkan individu berkenaan melihat yang rakyat Malaysia serta Raja Permaisuri Agong mempertahankan warisan berkenaan, individu tersebut mula mempertikaikan keturunan Raja Agong serta Raja Permaisuri Agong.

“Bumiputra sebenarnya Indonesian?Jadi Agong dan Permaisuri Agong keturunan Indon?Patutlah perangai macam Indon!

Tunku Azizah telah menyedari tweet individu berkenaan dan baginda menyarankan agar tweet-tweet seperi itu tidak perlu diberi perhatian.


“Tak perlu layan, dia anti indon ke?”

“Setiap ayat salah dan menunjukkan kejahilan dia”


“Dia hanya menunjukkan kebodohan dirinya”


Sumber:Twitter