Kepada anda yang takut dengan serangga-serangga kecil seperti lipas atau katak, sudah tentu anda akan cuba menjauhkan diri daripadanya dengan apa cara sekalipun.

Cuba anda bayangkan sekiranya serangga yang anda takut itu, masuk ke dalam rongga di mana-mana bahagian dalam tubuh anda. Ianya sudah pasti menyakitkan serta menggelikan.

Itulah yang terjadi kepada seorang anak kecil. Ibunya, Ros Idayu Roslan telah melihat telinga anaknya itu dimasuki oleh tempiras. Tempiras itu telah membuat sarang di situ sehingga telah menyebabkan telinga anak kecilnya itu bedarah.

Apa tu tempiras? 

“Mana yang tidak kenal macam mana rupa paras tempiras boleh tengok dekat gambar yang ibu Fatih google ni. Tempiras selalunya ada pada kucing, ayam, itik dan binatang peliharaan yang lain.Tambahan musim kemarau dan berangin ni memang musim tempiras berkeliaran. Sebelum ni ibu asyik tengok dalam facebook ada budak telinga masuk tempiras dan sekarang ini Fatih pula yang kena..”


Bila cium atau usik area telinga memang Fatih tepis dan menangis

“Fatih tak pandai cakap mengadu yang dia sakit. Sebelum tu masa nak pergi jalan-jalan Pantai Bukit Kluang, ada 3 ekor tempiras dekat rambut, dagu dan cuping telinga Fatih yang ibu dah buang. Rupanya ada sekor terlepas masuk dalam telinga yang kami tak perasan sepanjang berada dekat kampung. Balik dari kampung, malam tadi daddy dok bersih-bersihkan Fatih lepas tu ternampak ada hitam hitam keluar dari telinga Fatih. Bila cium atau usik area telinga memang Fatih tepis dan menangis. Memang disyaki tempiras dah bersarang dalam telinga Fatih.”


Kena jalankan procedure di bawah day surgery

“Pagi tadi bawa Fatih pergi Hospital Salam Senawang dan jumpa pakar ENT. Doctor cakap kena jalankan procedure di bawah day surgery dan Fatih perlu puasa dan dibius untuk remove tempiras tersebut sebab kedudukannya adalah di dalam telinga.”


“Fatih buat rawatan ni guna medical card company daddy. Alhamdulillah..cuma ibu fatih pesan, jika tiada medical card company, medical card personal dari Prudential dan Prudential BSN Takaful pun cover kos rawatan macam kes Fatih ni. Itulah ibu selalu pesan betapa pentingnya medical card untuk anak-anak kesayangan acik acik semua sebab mesti acik acik semua nak bagi yang terbaik untuk anak anak kesayangan acikkan?”


Dapat detect apabila keluar hitam-hitam dari telinga

“Tolong sentiasa pantau keadaan anak ye. Tambahan anak kecik macam Fatih ni yang tak tahu nak mengadu bila sakit ke apa. Cuma kami dapat detect apabila keluar hitam hitam dari telinga dia dan dia sering mengelak dan nangis bila kita cium terkena bahagian telinga. Doakan dipermudahkan segala urusan Fatih ye acik acik semua dan Fatih sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.”


Tempiras ni kesan gigitan dia memang sakit sangat

“Walaupun sudah hari keempat tempiras tersebut dikeluarkan, telinga Fatih masih sakit dan keluar darah. Tempiras ni kesan gigitan dia memang sakit sangat tau. Apatah lagi dalam telinga. Doctor cakap normal keluar darah dan jangan risau. Tapi ibu risau juga. Huhu..13/1/2020 ni ada follow up semula dgn doctor ENT. Semoga semuanya baik-baik untuk Fatih.”


Sumber: Ros Irdayu Roslan