Menerusi satu laman NGO perlindungan haiwam, HOPE, ada seorang individu yang baik hati sanggup menyelongkar sebuah tong sampah demi menyelamatkan dua ekor anak kucing, setelah seekor ibu kucing yang dipercayai mengiau-ngiau seakan meminta bantuannya.

Selain itu, mereka turut menyatakan yang salah seekor daripada anak kucing itu masih mempunyai tali pusat serta uri. Keadaan anak-anak kucing itu amatlah menyedihkan.

“Ibu kucing itu sakit dan tidak mampu untuk menjaga anaknya. Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah kedai serbaneka yang ramai orang lalu, namun tiada seorang pun yang membuat sesuatu untuk membantu, malah ada yang membuang sampah ke dalamnya” kata laman berkenaan.

Seakan-akan beritahu di mana anaknya

Pada awalnya, individu berkenaan tidak menjumpai seekor lagi anak kucing itu. Walau bagaimanapun, setelah terdengar suara anak kucing itu dan membuang sampah itu, akhirnya seekor lagi anak kucing telah dijumpai.

Kemudiannya, anak-anak kucing itu dibersihkan dan diberi penjagaan yang terbaik bersama ibu kucing itu.

Tindakan individu itu telah mendapat banyak pujian daripada orang ramai.

LIKE Facebook Page : Buletin Malaysia

Sumber: HOPE