Gambar sekadar hiasan

Satu siasatan telah dibuat selepas bayi berumur tujuh bulan maut akibat kebekuan setelah dikatakan tertinggal di balkoni di luar rumah pada pagi Sabtu lalu.
Pegawai mengatakan yang bayi tersebut terdedah kepada suhu -20 darjah celcius selama lebih kurang 5 jam.Ibu bapa bayi bayi berkenaan mengatakan yang mereka meletakkan bayi itu di luar untuk tidur dalam udara yang segar.
Media-media tempatan melaporkan, ibu bayi tersebut yang berumur 40 tahun dari Nikolaevsk-on-Amur, telah meletakkan anaknya di balkoni. Dia ingat ingin mengambil anaknya itu dalam masa beberapa minit.
Selepas itu, dia mengatakan yang dia lupa mengenai anaknya dan hanya ingat tentang anaknya itu selepas lima jam kemudian.
Namun, apabila dia membawa bayi itu ke dalam, ianya telahpun terlambat.
Bayi berkenaan dikatakan maut akibat hipotermia yang berlaku apabila suhu teras badan menurun akibat cuaca sejuk.
Sumber: Dailymail