Satu kebakaran hutan secara besar-besaran telah melanda di selatan Canberra. Kebakaran hutan berkenaan adalah kebakaran yang paling teruk di wilayah tersebut dalam masa hampir dua dekad. Kebakaran utamanya adalah di wilayah selatan. Ia telah meliputi hampir 18,500 hektar.

Selain itu, penduduk di pinggir bandar Canberra telah disarankan supaya mengambil langkah berjaga-jaga, serta bersedia untuk apa-apa pemindahan yang mungkin terpaksa dilakukan.

“Australian Capital Territory(ACT) kini menghadapi ancaman kebakaran paling buruk sejak kebakaran yang dahsyat sejak tahun 2003”

Menurut Andrew Barr, ketua menteri tempatan, beliau menyatakan yang kebakaran hutan itu juga mungkin boleh menjadi di luar kawalan berikutan suhu yang telah naik sehingga 40 darjah celicus serta angin kencang. Kebakaran itu berlaku pada beberapa minggu yang lalu.

Pada hari Khamis lalu, lapangan terbang Canberra terpaksa ditutup.

Sumber: BBC