Ketika seseorang itu masih hidup,kita tidak akan tahu apakah perkara yang dilakukan olehnya sehinggalah dia sudah tiada lagi.Ketika itu, semua amalan-amalan baiknya serta perbuatan hariannya akan terbuka dan kadang-kala semua itu mungkin diluar jangkaan kita.


Meninggal lepas beri duit ke tokong
Menerusi satu muat naik daripada seorang pengguna Facebook dari luar negara, dia telah berkongsi satu cerita mengenai seorang gelandangan yang telah memberikan duit hasil derma orang ramai ke tokong sebelum dia meninggal dunia.
Tumpang teduh depan 7/11
 Lelaki tua berkenaan telah menjadikan bahagian hadapan kedai serbaneka 7/11 sebagai tempatnya berteduh kerana dia tidak mempunyai tempat tinggal.Orang ramai yang melalui kawasan tersebut selalu memberikannya duit dan dia telah mengumpulnya sebelum dia menyerahkannya ke sebuah tokong.
Lambakan duit syiling dikira sami
Siapa tahu, ajalnya telah tiba selepas kejadian itu dan amalan murni yang dilakukan olehnya telah memberikan satu contoh teladan yang baik untuk orang ramai.
Terdapat juga gambar sami-sami sedang mengira duit syiling yang banyak hasil daripada sumbangan lelaki tua tersebut.
Kesimpulan daripada cerita ini adalah kita tidak sepatutnya kita menilai seseorang itu dari luaran hanya kerana dia tidak mempunyai apa-apa seperti rumah mewah,kekayaan dan lain-lain lagi,kerana kita tidak mengetahui amal baik yang telah dilakukannya.
Sumber:Facebook