Hari pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan sudah pasti antara cabaran yang besar untuk anak-anak yang baru pertama kali ke sekolah.

Tentu ramai yang akan bersedih serta bimbang apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga dan belum mempunyai kawan baharu.

Baru-baru ini, seorang guru di sebuah sekolah di Cameron Highland telah memuat naik beberapa gambar anak muridnya yang dikatakan sedang bersedih kerana merindui ibu bapanya.

Anak darjah satu yang bernama Jasniman itu dapat kita lihat sedang tertunduk menghadap dinding seorang diri.

Amboiii diaaa. Buat apa tu? Membawa diri ke? Hahahaha.

Gelagat Jasniman di hari pertama persekolahan. Semalam datang elok je duduk asrama semua, masuk tengahari ini dah mula merajuk-menangis. Mungkin dah mula rindu emak ayah di kampung. Jasniman kena kuat tau! pic.twitter.com/gp0bWAhg00

— BungoLale (@bungolale) January 2, 2020

Buat anak-anak yang tinggal di kawasan pedalaman yang agak jauh, kebiasaannya mereka akan diberi kemudahan asrama untuk memudahkan urusan mereka jika hendak ke sekolah.

Insya-Allah, dia akan baik-baik sahaja. Maklumlah tak pernah berjauhan daripada keluarga. Tak pernah juga ke kelas pra. Sekolah adalah sesuatu yang baru buat dia. Memang akan ambil masa untuk sesuaikan diri. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan akan bantu Jasniman. Terima kasih semua. 💕

— BungoLale (@bungolale) January 2, 2020

Ramai beri sokongan 

Terus kuat Jasminan


“Hang akan jadi insan yang kuat dan berjaya suatu hari nanti..”


“Sekarang awak tak faham lagi apa awak buat,tapi satu hari nanti awak akan faham”

“Macam nilah sekolah kawasan pedalaman”


Belajar pandai-pandai, banggakan mak ayah

Sumber:BungoLale