Di Utara Sumatera, Indonesia telah berlaku satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala richter.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi yang berlaku pada pukul 2:05 petang(waktu tempatan) itu telah berlaku dengan jarak sejauh 67 KM Tenggara dari Simeule, Indonesia.

Walau bagaimanapun, gempa bumi dengan kedalaman 37KM itu dapat dirasai gegarannya di sekitar negeri Pulau Pinang.Sugguh pun begitu, tiada satu pun laporan yang memberitahu bahawa gempa bumi itu mendatnagkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sebelum itu, di selatan Sumabawa, Indonesia, telah dilaporkan berlaku gempa bumi sederhana yang berukuran 5.2 pada skala Richter.

Penduduk di Pulau Pinang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

acheh gempa bumi. ofis bergegorrr😨

— ayra’s mommy (@thyneeyusnee) January 7, 2020

Gempa bumi. Ya allah

— ftrh (@fitrahafiqqah) January 7, 2020

Sumber: Malaysian Meteorological Department