Sebanyak 15 orang kanak-kanak termasuk seorang bayi telah terkorban dalam satu tragedi di Iran.Tragedi yang melibatkan pesawat itu telah membunuh 82 orang warga Iran, 63 orang warga Kanada, 11 orang warga Ukraine, 10 orang warga Sweden, 4 orang warga Afghanistan, 3 orang warga Jerman serta 3 orang warga British.

Tragedi tersebut telah berlaku semasa krisis ketegangan antara Iran dengan Amerika.Lantaran itu, banyak spekulasi mengatakan yang kejadian itu mungkin sebenarnya mangsa akibat konflik tersebut.

Timbulkan pelbagai spekulasi

Difahamkan sebelum tragedi itu berlaku, angkatan Pengawal Revolusi Iran(IRGC) dilaporkan telah melancarkan serangan udara ke atas pangkalan AS yang berpusat di Iraq.

Serangan udara itu merupakan serang balas atas pembunuhan komander IRGC, Qassem Soleimani yang dilakukan oleh Presiden Donald Trump.

Selain itu, pihak berkuasa Iran mendakwa yang enjin pesawat berkenaan telah terbakar lalu hilang kawalan.Walau bagaimanapun, dakwaan itu telah menimbulkan tanda tanya apabila Iran menolak untuk menyerahkan kotak hitam pesawat berkenaan kepada pengeluar, Boeing serta AS.

Video yang menunjukkan pesawat itu terbakar sebelum ia terhempas serta gambar di lokasi kejadian telah menemukan beberapa lubang misteri pada badan pesawat.

“Pesawat Boeing yang berusia empat tahun itu baru sahaja diselenggara dua ahri sebelumnya oleh kru terbaik kami” kata jurucakap syarikat penerbangan Ukraine.

Pengeluar enjin jet Perancis CFM telah berkata yang spekulasi kegaglaan enjin merupakan pramatang.

Sementara itu, kedutaan Ukraine di Iran sebelum ini mendakwa yang tragedi ini berpunca daripada serangan misil, namun mereka telah menarik kenyataan tersebut.

Tragedi seakan MH17

Pakar penerbangan masih lagi mencari penerangan yang boleh menjelaskan tragedi tersebut.Ada sebahagian mendakwa yang pesawat itu telah ditembak, manakala yang sesetengah lagi itu tidak.Dan ada juga ynag mendakwa yang punca nahas itu sama dengan tragedi MH17.

Operational Safety Section(OPS), kumpulan yang meneliti risiko penerbangan berkenaan mendakwa yang tragedi itu mungkin disebabkan oleh tembakan.

“Kami akan mengesyorkan andaian permulaan adalah bahawa ini merupakan peristiwa penembakan,serupa dengan MH17-sehingga ada bukti jelas sebaliknya”

Selain itu, mereka turut menyertakan beberapa foto tapak nahas di mana terdapat beberapa lubang pada fuselage dan sayap pesawat.Pakar penerbangan, Julian Bray berkata:

“Malapetaka ini bukan jenis kemalangan yang berpunca dari kegagalan enjin.Tiada apa-apa yang boleh dilakukan sesiapa”

“Ia sungguh luar biasa, anda akan menjangkakan bangkai pesawat, tapi semua yang kita dapat lihat di sini adalah serpihan”


Menurut Daily Mail, pesawat milik syarikat penerbangan Ukraine itu dilaporkan yang penerbangannya ditangguhkan lebih kurang satu jam sebelum pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang Iran dan kemudiannya tiba-tiba hilang daripada radar apabila mencapai 7,925 kaki selepas tiga minit.

Berikutan daripada tragedi semalam (8 Januari), penerbangan dari Iran ke Ukraine bertarikh 9 dan 10 Januari telah dibatalkan.


Nahas itu merupakan kemalangan pertama yang mengorbankan nyawa  yang melibatkan pesawat Kiev.

Sumber:Daily Mail,The Sun