Kasih sayang ibu bapa kepada anaknya, tiada bandingannya dengan apa-apa pun. Biarpun seorang ayah mungkin jarang menunjukkan cara dia meluahkan kasih sayangnya, namun, kita tahu yang kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar seorang pelajar sedang berlari dalam pertandingan merentas desa. Apa yang menarik perhatian orang ramai ialah si ayah yang setia mengikuti anaknya yang sedang berlari daripada belakang sehinggalah ke garisan penamat.

Detik-detik manis ini dimuat naik oleh Fazly Hafiz Yahaya di akaun Facebooknya.

Definisi kasihnya ayah

Definisi Kasihnya Seorang Ayah

Di hari-hari terakhir persiapan Kejohanan Merentas Desa SK Seberang Ramai, Kuala Perlis.


Track merentas desa ini bukanlah untuk murid tahap 1 namun demi mencabar diri, murid tahun 3 ini cuba sedaya upaya menghabiskan lariannya. Dia kelihatan yakin dengan keupayaannya. Melangkah setapak demi setapak.

Kelihatan ayah nya yang mengikut dari belakang dan tanpa ada rasa jemu memberi kata-kata semangat buat si anak. Tiba masa, demi memastikan anak tidak berputus asa, dia hentikan motornya dan mula menuntun motornya seiring dgn larian anak. Larian bersama yang di penuhi dengan rasa gembira demi menyelesaikan misi bersama iaitu melepasi garisan penamat.

Ini larian yg nyata tidak ambil peduli perihal menang atau kalah. Hanya larian pengikat kasih antara seorang ayah dan anak.


Sumber: Fazly Hafiz Yahaya