Berpantang merupakan satu tempoh masa yang sangat mencabar bagi setiap wanita selepas melahirkan anak.

Suami perlu menjadi individu penting yang sentiasa mendampingi isteri serta menghargai segala pengorbanan mereka.

 Kisah yang dikongsikan oleh Khairunnisa Hamzah di Facebook juga dapat dikaitkan dengan hal ini.Dalam Facebook Khairunnisa Hamzah,ia menunjukkan penghargaan seorang suami kepada isterinya yang telah berpantang selama tiga bulan di kampung dengan melakukan ‘makeover’ rumahnya.

Khairunnisa bersama suaminya melakukan perkhidmatan reka bentuk kediaman dan klien pertama mereka adalah seorang lelaki yang ingin membuat sedikit kejutan kepada isterinya serta menghargai pengorbanan isterinya dalam melahirkan anak mereka.

“Bang, cuba tengokkan dapur belakang ni boleh buat macam mana?” si suami panggil daddy datang ke belakang rumah untuk bincang buat makeover.

Suprise makeover!
Sebab masa buat makeover ini isterinya di kampung selama 3 bulan kerana melahirkan dan berpantang anak pertama.

Bermula dari kerja dapur sebab isterinya memang suka memasak, akhirnya satu rumah sekali bertukar rupa.

Bukaan tingkap yang besar dan tidak dibuka kerana aurat dengan jiran, baik kita tutupkan saja dan hanya buat lubang udara.

Nah, tengoklah kejadian selepas makeover 😍


Ini bukan siapkan bilik pantang/bilik baby tapi siapkan satu rumah sekali!


Bertuah betul si isteri 😘

Encik suami yang nak buat suprise untuk isteri yang dicintai nanti boleh panggil kami datang makeover satu rumah sekali.

Memang menangis isteri masa melangkah masuk rumah. Siap undur balik sambil dukung baby takut tersilap rumah.


Khairunnisa Hamzah
(Mommy Dekor)
Senibina kehidupan di rumah

Sekaligus keadaan ini telah menjadi ‘pembuka rezeki’ kepada Khairunnisa serta suaminya dalam untuk melakukan  ‘makeover’ dalam reka bentuk kediaman sehingga berpeluang untuk mereka bentuk rumah anak yatim serta rumah-rumah pelanggan yang lain.


Rata-rata netizen memuji tindakan si suami yang menghargai isterinya serta netizen juga terpegun dengan hasil yang dilakukan oleh Khairunnisa serta suaminya.


Sumber:Khairunnisa Hamzah