Kebakaran hutan yang menimpa Australia sejak September tahun lalu, sudah pasti akan meninggalkan parut yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk tempatan serta komuniti dunia.

Walau bagaimanapun, di sebalik semua itu, ada sinar harapan.Seorang jurugambar tempatan telah memuat naik beberapa keping gambar tumbuhan-tumbuhan yang mula bercambah daripada pokok yang telah terbakar.

“Walaupun tanpa sebarang hujan, hidupan bercambah dari kulit kayu yang terbakar dari ‘jantung’ pokok dan kitaran hidup bermula kembali”, tulis Murray Lowe di akaun Facebook miliknya.

Kecantikan tumbuhan berkenaan telah membuatkan warganet menjadi kagum dengan kejadian alam yang indah.

Keajaiban alam semula jadi


Kecantikan subur daripada abu




Pernah temui keadaan yang sama di kawasan kebakaran


Abu jadi baja


Ini bermakna api tidak merosakkan segalanya.Pokok terbakar di luar, namun keadaan di dalam masih baik.


Flora kita bagaikan Phoenix, sedih tapi sangat indah


Sumber: Murray Lowe