Sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada gadis-gadis muslim sanggup mengembara ke Victoria semata-mata untuk memberikan bantuan kepada anggota-anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran hutan di Australia.

Ahli-ahli Newport Islamic Society itu telah menyediakan makanan buat anggota bomba yang keletihan di Brigade Bomba Sukarela Johnsonville, Australia pada hari hujung minggu.

Anggota-anggota bomba itu komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka demi menghentikan kebakaran yang telah berlaku di Gipsland Timur sejak minggu lepas lagi.

“Sangat menyedihkan melihat keadaan mereka.Mereka terlalu letih” kata sukarelawan Lookman El Kurdi.

 
“Rasanya sangat baik, sekurang-kurangnya dapat memberi sokongan dengan memberi mereka makanan dan mendoakan mereka tanda ingat terhadap pengorbanan mereka”.

Sumber: Dailymail