Semalam, pegawai penerbangan Filipina menyatakan yang lebih 500 pelancong China yang datang dari Wuhan akan dihantar pulang ke tempat asal mereka semula.

Pengarah Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam, Carmelo Arcillo, telah memberitahu yang pesawat daripada syarikat Royal Air Charter dan Pan Pacific yang akan menghantar pulang kesemua 500 orang pelancong itu. 500 orang pelancong itu akan dibahagikan kepada tiga buah kumpulan untuk dihantar pulang ke tempat asal mereka.

Menurut sumber, syarikat penerbangan Pan Pacifiq serta Royal Air Philipines ini pernah menawarkan penerbangan terus ke Wuhan.

Selain itu, Arcilla turut menegaskan yang syarikat-syarikat penerbangan berkenaan telah mendapat kelulusan untuk menghantar mereka pulang. Hal ini kerana pelancong-pelancong itu merupakan penduduk Wuhan.

Sumber: The Standard / CNN