Semenjak kritikan Mesut Ozil tentang Muslim Uighur yang diseksa oleh kerajaan China telah dapat menarik perhatian dunia,nama Ozil telah menjadi buah mulut pelbagai pihak yang dapat kita lihat tampil mempertahankan atau menentang tindakan yang dibuat oleh Mesut Ozil itu.

Sudah pasti dia pun tahu bahawa pelbagai risiko bakal dihadapinya akibat daripada tindakannya itu,.Walau bagaimanapun,dia tetap berani untuk menyuarakan kritikan tersebut.

Ramai yang tertanya,siapakah sebenarnya Ozil ini? Mengapa dia sanggup merisikokan kariernya serta menerima kritikan daripada orang ramai tentang dia mengkritik penindasan yang berlaku ke atas etnik Uighur ini?

Jasmine Greentea,seorang pengguna Facebook telah mengkongsikan serba sedikit tentang pemuda Islam Jerman yang berdarah Turki ini sebelum dia mendapat gelaran sebagai pemain bintang dalam arena sukan bola sepak.

Menurut pengguna Jasmine tersebut,Ozil ini sebenarnya datang daripada sebuah keluarga yang miskin.Ibu kepada Ozil ini didakwa pernah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah.

Semasa Ozil menandatangani kontrak bersama kelab bola sepak Arsenal,ibunya dikatakan pernah menulis sepucuk surat.Surat tersebut masih disimpan oleh Ozil sehingga hari ini.

Antara ayat yang dikatakan terdapat dalam surat yang ditulis oleh Ozil itu adalah:

“Mesut, jangan lupa, kita hanya hidup sementara sahaja di dunia ini. Tuhan telah kurniakan kelebihan tertentu kepadamu.”

“Tetapi kelebihan yang kamu miliki ini sebenarnya bukan milikmu seorang sahaja. Jika kelebihan yang kamu miliki pada hari ini tidak dikongsikan dengan orang lain, maka kamu bukan lagi anakku.”


Difahamkan,semasa majlis perkahwinan Ozil,Ozil dikatakan telah membiayai kos pembedahan 1000 kanak-kanak yang kurang berkemampuan.Beliau juga turut dilihat memberi makan kepada 100 ribu pelarian Syria yang berlindung di kem pelarian di Turki dan Syria.


Pengguna Facebook tersebut juga mendakwa bahawa Mesut Ozil telah mendermakan duit kemenangan hasil daripada kejuaraan Piala Dunia FIFA pada tahun 2014 lalu bersama pasukan Jerman kepada orang-orang Brazil yang memerlukan.

Sumber: Jasmine Greentea