Sekiranya kita menyebut nama Hairie Othman,pasti ramai di antara kita yang akan membayangkan watak tenteranya dalam filem Leftenan Adnan.Filem tersebut sehingga kini masih menjadi tontonan ramai.

Namun,zaman sekarang,kita jarang melihat lakonan pelakon tersebut di layar perak dan sudah pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh hero filem Malaya itu sekarang.

Banyak kerja dakwah…

Rupa-rupanya,pelakon tersebut sekarang lebih selesa dengan kerja-kerja dakwah dan banyak mengikuti majlis-majlis ilmu sambil menyampaikan ceramah kepada orang ramai.

Habiskan masa bersama keluarga

Jika kita ke laman Instagram rasminya,pelakon itu juga sekarang banyak meluangkan masa bersama keluarganya,pelakon itu juga mengembara bersama rakan-rakannya serta meneruskan aktiviti dakwah.

Sebelum ini,Hairie dalam satu temu bual,dia ada menyatakan bahawa jiwanya masih lagi dekat dengan bidang lakonan.Sudah pasti ramai yang merindukan lakonan hero Malaya itu.Semoga Hairie berjaya dalam dakwah serta bidang lakonannya.

Sumber : Hairie Othman