Beijing, China – Seorang doktor di sebuah hospital yang terletak di wilayah Hubei dilaporkan maut disebabkan oleh virus koronavirus.

Liang Wudong, 62 tahun, ditugaskan menjadi salah seorang daripada doktor yang merawat pesakit yang disahkan positif koronavirus di Hospital Hubei Xinhua.


Berita ini dilaporkan oleh media tempatan China, iaitu China Global Television Network (CGTN) menerusi Tweet mereka.

Sebelum ini, mereka telah melaporkan terdapat 15 kes yang melibatkan staf perubatan sahaja. Namun, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana pakaian perlindungan yang tidak mencukupi.

Sumber: CGTN