Seorang wanita dari kalangan warga emas di barat daya India, telah disahkan menghidap demam tinggi. Dia kemudiannya tidak sedarkan diri lalu segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan. Namun, doktor tidak dapat menyelamatkan wanita itu.

Selepas itu, keluarga serta orang ramai yang menghadiri pengebumian wanita berkenaan telah terkejut apabila warga emas berkenaan tiba-tiba bangun daripada tempat memandikan mayat. Sudah pasti, wanita itu masih lagi bernyawa.

Wanita yang berusia 55 tahun itu dilaporkan telah dibawa ke sebuah hospital swasta yang terletak di Belagavi pada pagi hari Rabu yang lalu (waktu tempatan).

Kumpulan perubatan di sana telah mencuba untuk selamatkannya, namun, kematiannya telah diisytiharkan pada waktu tengahari.

Seterusnya, dia kemudiannya dibawa balik ke rumah dan ‘disimpan’ di halaman depan rumahnya. Sementara itu, keluarganya pergi memaklumkan kepada sahabat handai serta sanak saudara yang lain untuk menghadiri pengebumiannya.

Ketika mereka sedang melakukan persiapan, wanita itu tiba-tiba membuka matanya.

Walaupun sesetengah orang mengatakan yang ia merupakan keajaiban, salah seorang daripada ahli keluarga wanita berkenaan menyatakan yang ia mungkin koma singkat yang tidak dapat didiagnosis.

Kedengaran seperti pelik, kes seperti tidak pernah berlaku kerana disebabkan keadaan yang pelbagai boleh menyebabkan pakar perubatan pun mempercayai yang seseorang itu telah meninggal dunia.

Sumber: RT News