Kejayaan seseorang selalunya hadir selepas beberapa peringkat kegagalan atau kekecewaan.Kegagalan dan kekecewaan sebenarnya boleh menjadi pembangkit semangat yang sangat penting dalam proses menjalani kehidupan duniawi yang sangat mencabar.

 Mungkin kejayaan tersebut perlu kita lalui dengan pelbagai jenis kepayahan, namun kita seharusnya lebih mengetahui yang semua itu akan menjadi kekuatan yang paling berharga yang mampu untuk mengubah diri kita supaya menjadi lebih baik.

Contohnya seperti satu kisah yang dialami oleh Rosmiza Rozman.Dia telah melalui fasa kekecewaan bersama bekas teman lelakinya namun dia berjaya bangkit semula dan membuktikan bahawa dia pun boleh berjaya.

Muat naik Rosmiza di laman sosial Twitternya itu juga telah memperlihatkan beliau ‘melawan’ segala pandangan yang salah terhadap dirinya sehingga kirimannya itu mendapat sebanyak 23 ribu retweets dan 20.6 ribu likes.

SEGALANYA BERMULA DI SINI

My Ex and my Ex family keep pushing me down.

“Mak Cik nak menantu GOV SERVANT” – Mama my Ex

“Awak tu asal family susah, jangan berangan nak beli VolkSwagen, tak mungkin dapat”

Kalau ada yang berminat nak tahu I sambung ….. pic.twitter.com/MfSFIgP4ju

— ميمي روزميزا روزمن (@RozmizaRozman) January 4, 2020

Kantoi ada perempuan lain 


Kakak dia cakap saya bukan selevel dengan dia


Kereta tu mahal,awak tu keluarga susah,beli myvi mampu lah



Duit saya bagi dia buat pergi bukit merah dengan jururawat itu


Pergi bercuti dengan bawak perempuan lain


Acik memang nak orang kerja kerajaan jadi menantu acik




Saya maafkan awak tapi saya takkan lupakan apa yang awak dan keluarga buat


Jangan jadi lemah sebab ada orang ketawa kan kita kalau kita lemah


Kalau dia tak buat macamtu, saya tak jadi macam sekarang


Jangan simpan dendam, buktikan tanpa mereka pun kita masih boleh berjaya



Jadikan semua ini sebagai penguat untuk terus berusaha



Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi menerusi muat naiknya ini dan berterima kasih kepada Rozmiza kerana memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk terus berusaha.


Sumber:Rosmiza Rozman