Telah tular di media sosial mengenai satu gambar yang memaparkan tangan seekor gorila yang didakwa mengalami pigmentasi merah jambu pada tangannya.

Foto tersebut telah dikongsian oleh akaun Facebook Zoo Atlanta pada bulan Ogos yang lalu.Foto tangan yang dimuat naik itu adalah milik seekor gorila bernama Anaka yang baru berusia 6 tahun.

Foto tersebut dilihat agak unik kerana hasil pigmentasi yang berlaku ke atas tangan gorila tersebut menunjukkan seakan-akan tangan seorang manusia.

Difahamkan, gorila tersebut mengalami sindrom vitiligo dimana keadaan kulitnya membentuk tompok putih kerana pigmentasi yang terhasil daripada kulitnya.

Menurut laman web Bored Panda, pegawai Zoo Atlanta itu tidak mengesahkan keadaan yang dialami Anaka itu.

“Pigmen kulitnya itu dah lama macam tu dan ianya tak pernah berubah, jadi kami berpendapat bahawa ianya adalah tanda lahir,” kata wakil daripada zoo tersebut.