Sekiranya anda merasakan yang anda orang susah, fikirkannya semula kerana akan ada orang lain yang lebih susah daripada kita. Bukannya untuk kita menafikan kesusahan diri sendiri, namun, ianya untuk menjadikan kita lebih bersyukur serta bersikap positif dalam menghadapi cabaran hidup tiap-tiap hari.

Semalam, seorang pemuda telah ternampak seorang lelaki yang agak berumur sedang bermalam di sebuah hentian bas di negeri Pulau Pinang. Mereka yang sedih melihat keadaan warga emas berkenaan yang berkerusi roda itu, telah menawarkan bantuan serta menegur warga emas berkenaan namun telah ditolak.

Kiriman pemuda berkenaan telah dimuat naik di Penang Kini di laman Facebook mereka.

Hampir 12 tengah malam bakal masuk 21 Januari 2020.

Ternampak pakcik ini di sebuah hentian bas kawasan bandar Perda BM, bertentangan dengan stesen Petron yang bersebelahannya kedai makan Bangkok Station.

Saya dan Izwan Iskandar Zakaria cuba menegur pakcik yang sedang tidur itu tentang keadaannya.

Pakcik itu dari Bagan Ajam, ke Perda menaiki bas dengan hasrat untuk ke Pejabat Zakat.
Pakcik tak mahu balik ke rumah apabila ditawar mahupun ke masjid untuk bermalaman, bahkan pakcik minta dibiarkan disitu.

Kami yang tak berupaya untuk memujuk atau membantu pakcik buat keputusan untuk membiarkan pakcik disitu dan cuba buat posting di Facebook agar jika ada sesiapa yang mampu membantu pakcik, dapat membantunya.

Perkongsian pemuda itu telah membuatkan ramai netizen sebak melihat keadaan warga emas berkenaan.

Semoga dipermudahkan urusan pakcik

Sementara itu, ada seorang pengguna Facebook menyatakan yang dia telah melihat lelaki berkenaan di tempat yang sama pada pukul 3 pagi semalam.

Sumber: Penang Kini