Baru-baru ini sekeping gambar yang ditangkap dengan menggunakan sebuah kamera smartphone oleh seorang anak muda dari Malaysia,telah menjadi tular di media sosial di seluruh dunia ekoran gambarnya itu telah dipilih untuk menjadi ‘feature’ di laman Instagram rasmi Apple.

Gambar tersebut menunjukkan panaroma indah yang terletak di Kg Sahabat, Perlis.

Berlatar belakangkan gunung-ganang,rumput-rumput yang menghijau,tasik yang tenang serta seorang lelaki yang sedang berdiri,sudah cukup untuk menenangkan mata yang memandang.

”Humanity turns a photo into a story”


Rata-rata followers akaun Instagram Apple yang datang dari serata negara turut memuji hasil gambar pemuda itu.

”An impressionist landscape” 



”Amazing shot”


Pemuda berkenaan,Dinny Aiman mengatakan yang gambar itu telah diambilnya pada 13 Jun yang lalu.Selepas itu,dia telah dihubungi oleh Apple untuk menggunakan gambarnya itu sebagai feature di laman Instagram mereka.

“Terbaik Bro” 


“Nice Picture”

“Bangga kita tengok hasil kerja orang Malaysia diiktiraf di Apple”


Sumber:Apple,dinnyaiman