Baru-baru ini,telah tular foto Menteri Belia dan Sukan Malaysia iaitu,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang menjalani rawatan selepas seminggu menjalani pembedahan apendisitis pada Sabtu lalu. Foto yang telah dimuat naik itu menjadi bualan hangat netizen yang kebanyakannya mendakwa Syed Saddiq  hanya ‘berlakon’ sakit.

Terbaru,menerusi laman twitter,Dr Amalina menafikan dakwaan yang dibuat sesetengah individu yang mendakwa foto itu tampak kelihatan seperti lakonan kerana beliau merupakan pakar dalam pembedahan.

Tiada salah pada foto ini

“Saya perlu menjelaskan sesuatu kerana pembedahan adalah kepakaran saya. Tidak ada yang salah dengan gambar ini. Luka apendisitis perlu dilindungi untuk mencegah jangkitan luka. BP cuff ada untuk memantau BP biasanya setiap 4 jam jika pesakit stabil.”


Menurut Dr Amalina,foto yang di troll oleh warga net perlu diperbetulkan kerana tiada kesilapan pun  pada foto ini kerana luka apeddisitis harus dilindungi supaya tiada jangkitan pada lukanya.
Sebelum ini, ada individu yang mendakwa YB menipu kerana Cuff BP tidak diperlukan kerana dirinya telah stabil serta ianya bukanlah luka yang besar.

Tiada salah dengan butang panggilan


“Tidak ada yang salah dengan butang panggilan, ia adalah untuk pesakit untuk memanggil jururawat apabila mereka memerlukan bantuan.”

“Appendicectomy laparoscopic adalah salah satu operasi yang paling biasa yang kita lakukan dalam pembedahan umum. Ia biasanya bermula dengan rasa sakit di bahagian tengah abdomen dan kemudian bergerak ke bahagian bawah sebelah kanan.”

Dipuji netizen