Koala-koala yang tercedera telah tiba di hospital haiwan sementera di Taman Hidupan Liar Kangaroo Island setiap hari dalam sangkar kucing, bakul baju, dan berpaut kepada penjaga hidupan liar.

Kecederaan yang diperolehi dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan yang telah memusnahkan hidupan liar di Australia Selatan. Meskipun banyak marsupial yang lebih memerlukan rawatan, namun, para penjaga tidak ada masa untuk memberi nama kepada mereka. Oleh itu, mereka dirujuk berdasarkan nombor.

Koala bernombor 64 adalah salah satu daripada yang dibawa dengan kesan terbakar di keempat-empat kakinya.

Peter Huchison, seorang doktor haiwan, telah menjelaskan yang koala berkenaan telah menerima rawatan dan ia berada dalam keadaan yang baik.

Walau bagaimanapun, bukan semua koala yang diselamatkan bernasib baik. Banyak diantara mereka mengalami kecederaan parah yang memaksa mereka untuk ‘dimatikan’.

Menurut ketua pasukan Pengurusan Kecemasan Veterinar di Steven Selwood, Australia Selatan, beliau menyatakan yang kira-kira lebih 46 ribu koala berada di pulau berkenaan sebelum kebakaran berlaku. Sekarang, dianggarkan sebanyak 9 ribu sahaja lagi yang tinggal dan situasi itu sangat buruk.

“Kebakaran di sini sangat ganas dan bergerak dengan pantas, jadi kita boleh lihat bahawa banyak hidupan liar yang cedera dalam kebakaran itu” katanya lagi.

Sumber: Japan Times