Kisah Dennis Rader, The BTK Killer

Dennis Rader adalah seorang lelaki yang menjalani kehidupan “double life” sebagai seorang suami, bapa dan pembunuh bersiri yang kejam.

Dennis Rader dilahirkan di Pittsburgh, Kansas, Amerika Syarikat pada 9 Mac 1945. Dari tahun 1970-an sehingga 1990-an, dia bergiat aktif melaksanakan siri pembunuhan di bandar Wichita, Kansas.


Pembunuh bersiri yang lebih dikenali sebagai “BTK killer” ini terkenal dengan modus operandi atau cara dia melaksanakan pembunuhan tu. BTK adalah akronim kepada:

– Bind
– Torture
– Kill

Gambar tu adalah diri dia sendiri



Anak sulung dari 4 adik beradik, Rader dibesarkan di bandar Wichita. Menurut sumber, dia dikatakan sering mendera haiwan dengan menjerut dan menggantung haiwan tersebut. Ini dilakukan sejak Rader masih bersekolah lagi.

Penderaan ke atas haiwan seperti kucing, memberikan Rader kepuasan seksual. Dalam psikologi, ia dikenali sebagai “zoosadism”. Bagi Rader, melihat kesengsaraan itu membangkitkan serta memuaskan nafsunya.

Oh ya, selepas tamat persekolahan, Rader berkhidmat di dalam Tentera Udara Amerika Syarikat pada pertengahan sehingga lewat 1960-an.

Pada tahun 1971, Rader bertemu dan mengahwini isterinya yang bernama Paula. Tidak lama kemudian, dia bekerja di sebuah syarikat yang membekal peralatan aktiviti perkhemahan untuk beberapa tahun. Sebelum bekerja untuk syarikat perkhidmatan keselamatan ADT pada 1974.


First Kill

Tahun 1974 ini juga lah, bermulanya jenayah pertama Rader. Pada 15 Januari, dia menyelinap keluar dari rumah sewaktu isterinya Paula sedang tidur dan membunuh 4 ahli keluarga Otero di dalam rumah mereka.

Keempat-empat mangsanya iaitu Joseph, Julie, Josephine dan Joseph Jr mati akibat digantung, dijerut dan dicekik. Sadisnya Rader ini, pembunuhan kedua-dua ibu bapa itu dilakukan di hadapan anak-anak mereka.

Setelah membunuh keempat-empat mangsa tersebut, Rader telah mengambil jam tangan, beg duit dan radio dari rumah keluarga Otero.

Mengikat, menjerut dan mengambil “cenderahati” (memento) dari mangsa pembunuhan, menjadi modus operandi Rader.

Sebelum ke mangsa-mangsa yang seterusnya. Adalah lebih baik sekiranya aku cerita lebih detail sedikit tentang persiapan, alatan dan modus operandi BTK Killer ni.

Rader mempunyai sebuah beg yang digelar “hit kit”. Beg ini mengandungi pelbagai alatan yang dianggap penting baginya dan digunakan sewaktu pembunuhan. Alatan terdiri daripada pisau, pistol, pita pelekat, tali, topeng dan gari.

Selain itu, Rader turut menyediakan pakaian yang digelar “hit clothes”. Ia adalah pakaian yang dipakai Rader ketika hendak membunuh. Pakaian ini akan dibuang selepas selesai setiap pembunuhan.

Beralih kepada modus operandi, Rader gemar mengikat, menyiksa, sebelum membunuh mangsanya. Dia akan mencekik atau menjerut sama ada menggunakan tali atau tangannya sendiri, sehingga mangsa itu pengsan kemudian membiarkan mangsanya itu sedar semula.

Selepas mangsa tersebut sedar, Rader akan mencekik mangsa itu semula sampai mati. Dia gemar dan memperoleh kepuasan seksual dengan melihat mangsanya meronta-ronta untuk terus hidup.

Sewaktu atau selepas membunuh, Rader akan beronani ke atas badan atau pada salah satu pakaian mangsanya. Kebiasaannya seluar dalam mangsa digunakan.

Josephine Otero telah diperlakukan sebegini. Ini kerana sewaktu kanak-kanak itu dibiarkan meronta-ronta akibat digantung lehernya, sambil melihat kanak-kanak itu, Rader menanggalkan seluar dalam Josephine, kemudian beronani memuaskan nafsunya.

Pembunuhan berikutnya, bagaimanapun tidak berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Pada 4 April 1974, Rader memecah masuk kediaman seorang wanita bernama Kathryn Bright dan menunggu wanita itu untuk pulang ke rumah.

Kathryn bagaimanapun pulang ke rumah tersebut bersama-sama abangnya Kevin. Rader yang panik, mengacukan pistol dan mengugut untuk menembak mereka berdua sekiranya tidak mengikut arahan.

Rader mengarahkan Kevin untuk mengikat Kathryn. Selepas itu, Rader mengikat Kevin di bilik yang berasingan. Setelah “pengacau” telah diuruskan, perhatian Rader boleh ditumpukan sepenuhnya kepada Kathryn.

Bagaimanapun, sebelum sempat mencabul kehormatan Kathryn, terdetik di hati Rader untuk membunuh Kevin terlebih dahulu kerana bimbang beliau akan berusaha menyelamatkan adiknya.

Semasa Rader cuba untuk menjerut dan mencekik leher Kevin, beliau meronta dan berjaya melepaskan diri daripada ikatan. Sehubungan itu, Rader terpaksa melepaskan tembakan.

Percaya bahawa Kevin telah mati, Rader bertindak meninggalkan “mayat” lelaki itu begitu sahaja.

Kembali kepada nasib Kathryn, Rader yang masih “amatur” ini cuba untuk mencekik wanita itu. Namun, Kathryn menggunakan tenaga yang ada untuk meronta sekuat yang dia mampu.

Hampir hilang kawalan ke atas Kathryn, Rader berbuat keputusan untuk menikam wanita malang itu beberapa kali.

Pada masa yang sama, Kevin yang cedera akibat ditembak, tersedar dan berlari keluar dari kediaman tersebut untuk mendapatkan pertolongan.

Menyedari perkara itu, Rader yang panik melarikan diri dari tempat kejadian.

Kathryn yang masih hidup ketika pihak berkuasa tiba di kediaman itu, bagaimanapun mati akibat kecederaan yang dialami dalam perjalanan ke hospital.

Selepas isterinya Paula memberitahu berita gembira kepada suaminya bahawa dia sedang mengandung, Rader berbuat keputusan untuk “berehat sebentar” dari aktiviti jenayah.

Walau bagaimanapun, setelah beberapa tahun iaitu pada tahun 1977, Dennis Rader a.k.a BTK Killer ini kembali semula untuk membunuh 5 lagi individu sehingga tahun 1991. Membuatkan jumlah keseluruhan mangsa BTK Killer menjadi 10 individu.

Berikut adalah gambar dan nama 10 individu yang menjadi mangsa kepada Dennis Rader:

*Untuk meringkaskan penulisan ini, pembunuhan 5 lagi mangsa tu akan di”skip” la ya.

Mangsa Pembunuhan




Sepanjang BTK Killer ini aktif membunuh, dia yang dahagakan perhatian, mengejek pihak berkuasa dengan menelefon, menghantar surat pada agensi akhbar dan televisyen, mengakui jenayah dan menggesa polis segera memberkas dirinya.


Surat pertama yang dihantar BTK Killer



Walaupun dengan pelbagai ikhtiar dan usaha pihak berkuasa untuk menangkapnya, sebagai contoh, mendedahkan rakaman telefon supaya mereka yang mengenali suara BTK Killer dapat tampil kehadapan. Identiti pembunuh bersiri ini masih lagi tidak dapat dikenalpasti.

Disebalik “permainan” kejar-mengejar dengan pihak berkuasa ini, Rader dapat mengekalkan rahsianya dan terus hidup sebagai seorang suami, ayah dan ahli kariah gereja yang taat buat satu masa yang agak lama.

Sumber: shmlsanxion