Ianya telah menjadi satu kebiasaan bagi setiap sekolah di Malaysia mengadakan larian merentas desa daripada peringkat pra sekolah lagi sehinggalah ke pringkat menengah.

Tentu ramai di antara kita yang mempunyai kenangan indah dalam larian ini. Tidak kiralah kenangan itu dicipta bersama rakan-rakan seperjuangan atau pun guru kita.

Melalui satu muat naik oleh seorang guru di Facebook, Fazly Hafiz Yahaya mengenai sokongan yang diberikan oleh seorang pegawai polis wanita kepada sekumpulan pelajar daripada peringkat pra-sekolah yang mengambil bahagian dalam larian merentas desa.

Sokongan yang ditunjukkan oleh polis wanita itu sangat menyentuh hati warganet kerana sifatnya yang peramah.

High Five Untuk Si Kecil

Walaupun jarak merentas desa bagi murid pra sekolah adalah yang paling dekat, namun mereka tetap memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menamatkan larian.

Tidak jauh dari garisan penamat, terlihat ramahnya seorang pegawai polis wanita memberikan sokongan moral buat setiap murid pra sekolah yang akan melepasinya.

Senyum manis dan “tepukan” yang pastinya menjadi pendorong mereka untuk lebih bersemangat bersaing dengan rakan-rakan yang lain.


Di pihak saya sebagai guru yang merakamkan moment ini, saya ucapkan ribuan Terima Kasih.


Sumber: FazlyHafiz Yahaya