Cerita mengenai penderitaan masyarakat Islam di Xinjiang,China, sememangnya benar-benar telah merobek hati setiap Muslim di dunia ini.Satu demi satu penindasan yang dilakukan oleh kerajaan China telah membuatkan hidup mereka menderita sama ada dari segi fizikal atau mental.

Kongsi penerangan mengenai Uyghur

Menerusi satu kiriman yang dimuat naik oleh seorang selebriti tempatan yang juga seorang aktivis kemanusiaan, Mizz Nina,dia telah berkongsi penerangan mengenai kaum Uyghur oleh NGO yang menggelarkan mereka sebagai Global Peace Mission Malaysia (GPS Malaysia)

.

Bukan keturunan Cina

Menurut kiriman tersebut,bangsa Uighur merupakan satu etnik yang berlainan daripada masyarakat China tempatan.Hal ini kerana mereka pada asalnya merupakan orang Turki.Mereka juga pandai berbahasa Turki dan tidak mempunyai langsung rupa orang Cina.

Selain itu,mereka juga beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim sebelum China menukar nama Tukistan Timur kepada Xinjiang pada tahun 1955.

Identiti Islam dilenyapkan

Bermula dari situlah,identiti Islam mereka sedikit demi sedikit mula hilang dengan menukar nama tempat,nama penduduk serta melakukan pelbagai penindasan bagi melenyapkan etnik tersebut.

Sekatan media sosial punca kekejaman tidak diketahui

Kekejaman yang dilakukan kepada etnik Uighur ini tidak mendapat perhatian daripada dunia disebabkan faktor kerajaan China yang menyekat media sosial seperti Facebook, YouTube, Google dan hanya dibenarkan menggunakan Weibo iaitu satu aplikasi yang jarang digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Bersatu hati bantah Etnik Uighur ditindas


Sumber:Mizz Nina,Abu Akhyar