Dengan penghasilan filem Messiah, filem ini telah banyak menimbulkan perdebatan antara ramai pihak. Ada pihak yang mengatakan bahawa filem ini berbahaya kepada akidah  dan filem ini tidak perlu ditonton. Selain itu, ada juga pihak yang mengatakan yang filem ini merupakan satu peluang untuk mengetahui siapa Messiah dalam agama lain selagi seseorang itu tidak taksub dan mengganggu akidah.

Walau bagaimanapun, seorang penonton yang dipercayai beragama Islam telah menimbulkan kontroversi apabila dia telah menyatakan pendapatnya yang umat Islam patut memberi peluang kepada Dajjal.

Dikenali dengan tubuh yang mengaku tuhan yang muncul dari Khurasan(Iran), mentaati Dajjal merupakan antara kesyirikan yangg terbesar, malahan, ia juga merupakan antra fitnah terbesar sepanjang zaman.

Isu ini turut dimuatnaik oleh laman Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) melalui laman Facebook mereka.

“Sedih!Tidak seharusnya begini sebagai seorang Muslim, sangat mudah terpengaruh dengan agenda–agenda seperti ini yang akan terus menyesatkan akidah umat Islam” tulis mereka

Dalam filem, iblis pun boleh jadi ‘baik’ daripada Tuhan


Dajjal memang nampak baik dan jahat


Tonton boleh, percaya jangan


Dajjal mengaku nabi sebelum mengaku tuhan


Pentingnya banyak belajar bab akidah, fiqh dan tasawuf

Baru tengok cerita dah tergoda, belum depan-depan lagi


Sumber:Persatuan Pengguna Islam Malaysia