Allyson Danylko, 24 tahun telah mengalami luka yang parah di bahagian hidungnya akibat diserang oleh bekas teman lelakinya sendiri.

Wanita berkenaan berasal dari Tontoro. Dia telah mendakwa yang bekas kekasihnya itu telah naik angin apabila dia mencuba untuk mengakhiri hubungan yang terjalin antara mereka.

Bekas teman lelakinya, Nick Grewal, 30 tahun, dikatakan telah mengetuk bilik mandinya dan terus menyerangnya. Sungguhpun begitu, ianya tidak dipastikan sama ada bahagian hidungya yang digigit itu di makan oleh teman lelakinya ataupun dibuang ke dalam mangkuk tandas.

“Hidung saya berdarah tetapi mujurlah saya dapat melepaskan diri, dan mendapatkan bantuan daripada jiran-jiran. Polis kemudiannya datang dan akhirnya saya dibawa menaiki ambulans” katanya.

Situasi menjadi makin buruk apabila mereka kembali ke rumah Grewal.

Pergaduhan antara mereka berdua itu terjadi kerana teman lelakinya itu cemburu dengan rancangannya untuk melancong ke Costa Rica tanpa dirinya. Bekas teman lelakinya itu telahpun ditahan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Metro.uk