Baru-baru ini, beberapa kebakaran hutan telah berlaku di Canberra. Walau bagaimanapun, kebakaran yang berlaku hari ini lebih teruk sehinggakan ahli-ahli bomba terpaksa melarikan diri.

Menurut sumber, kebakaran yang berlaku di lembah Orroral yang sebesar hampir 33, 000 hektar itu sangat tidak terkawal dan ianya terlalu berbahaya untuk ahli bomba yang ingin memadamkan api berkenaan.

Selain daripada itu, para penduduk juga telah diberitahu supaya melarikan diri kerana kebakaran itu boleh ‘merobohkan’ sempadan New South Wales(NSW).

Di samping itu, Pesuruhjaya Perkhidmatan Kecemasan, Georgina Whelan menyatakan yang aktiviti kebakaran itu telah membuat cuaca sendiri dan ianya telah bergabung dengan corak arah angin.

Oleh sebab itu, ahli bomba terpaksa membiarkan api berkenaan terus melanda Gunung Tennent, kerana ianya amat mustahil untuk memadamkannya.

Sumber: Daily Mail