Senator Rick Scott dan Josh Hawley telah mengarahkan NBC Universal, supaya menolak Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 diadakan di Beijing, melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh  portal rasmi senator tersebut.

“Sebagai pihak yang menguruskan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, kami menulis kepada anda dengan kebimbangan serius mengenai keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk membenarkan China yang mempunyai rekod hak asasi manusia untuk menjadi tuan rumah kepada acara global ini yang sekaligus membawa masuk atlet dan penonton dari seluruh dunia.

“Mereka telah melanggar hak asasi manusia dan memberikan ancaman kepada keselamatan setiap atlet dan pelancong yang akan ke Beijing.

“Setiausaha Agung Xi telah menubuhkan infrastruktur pengawasan di Beijing yang menjejaki lokasi dan aktviti ‘maya’ setiap orang.

“Mereka juga menggunakan berjuta-juta kamera yang dikuasai teknologi pengenalan wajah, untuk mengintip dan menganiaya mereka yang mengkritik.

“Sukan Olimpik 2022 di Beijing akan menyediakan akses kerajaan China kepada golongan terkemuka, atlet, syarikat dan entiti kerajaan.”


“Disamping itu, mereka juga menggunakan teknologi untuk mengesan dan menindas kominiti Uighurs.”


“Sekiranya mereka terus menganiaya minoriti agama, menuai organ orang awam yang tidak bersalah, menindas rakyat Hong Kong, dan mengintip orang awam, mereka harus kehilangan hak sebagai tuan rumah acara yang sepatutnya membawa dunia bersama.


“Kami menyeru NBC untuk bersama-sama dengan kami dan meminta IOC untuk membida semula Sukan Olimpik 2022 atau menolak untuk menyiarkan sukan itu.”

Keputusan ini dibuat untuk menyokong hak asasi manusia, dan percaya bahawa satu negara yang sedang mengendalikan kem-kem tahanan tidak layak untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik.

Dalam surat yang bertarikh pada 19 Disember itu, kedua-dua senator Amerika Syarikat itu memberitahu rekod hak asasi manusia yang telah ‘diceroboh’ oleh China.

“Kami menggesa NBC untuk bersama-sama dengan kami dan meminta agar [Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa] membida semula Sukan Olimpik 2022 atau enggan menyiarkan permainan 2022.”

Sumber: Rick Scott.gov, Axios