TOKYO: Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa sekarang sedang mencari teman wanita untuk menemaninya dalam pengembaranya mengelilingi bulan. Selain itu, teman wanitanya juga akan menjadi subjek sebuah program dokumentari terbaharu.

Reuters melaporkan yang Maezawa, usahawan fesyen atas talian yang berusia 44 tahun, itu menyatakankan sedang mencari wanita berusia 20 tahun ke atas.

“Perasaan sepi dan kosong menguasai saya, jadi ada satu perkara yang saya fikirkan, iaitu mencintai seorang wanita,” tulis Maezawa di laman webnya.

“Saya ingin mencari pasangan untuk masa depan saya, saya ingin laungkan cinta kami dan kedamaian dunia dari ruang angkasa,” tambah Maezawa, yang akan terbang mengelilingi bulan pada tahun 2023 yang akan datang sebagai penumpang persendirian pertama menaiki pesawat angkasa SpaceX milik Elon Musk.

Kepada mana-mana wanita yang mahu menjadi menjadi teman wanita Maezawa, dia terlebih dahulu haruslah meminati untuk menjelajah ke ruang angkasa dan bersedia mengambil bahagian dalam persediaannya, serta menginginkan kedamaian dunia.

Baru-baru ini Maezawa telah berpisah daripada teman wanitanya, pelakon Ayame Goriki, 27 tahun. Selain itu, dia juga berkata yang dia merancang untuk membawa penggiat seni dalam penerbangan itu untuk memberi inspirasi kepada hasil kerja mereka.

Dokumentari yang bertajuk “Full Moon Lovers” itu, akan disiarkan di AbemaTV, disokong oleh agensi iklan dalam talian CyberAgent dan TV Asahi dan mensasarkan kalangan penonton belia.

Sebelum ini, Maezawa telah menghadiahkan wang berjumlah AS$9 juta kepada 1,000 pengikutnya di Twitter dalam satu eksperimen sosial untuk melihat sama ada wang boleh meningkatkan kebahagiaan.

Sumber: AstroAwani