Gambar sekadar hiasan

Di China, seorang wanita telah terselamat daripada menjadi mangsa rogol apabila dia berpura-pura yang dia positif Koronavirus.

Kejadian ini berlaku pada hari Jumaat yang lalu. Suspek yang berusia 25 tahun itu telah bertindak memecah masuk rumahnya, masuk ke bilik mangsa, dan telah menyerangnya.

Apabila wanita itu sedar yang dia berada dalam keadaan yang bahaya, wanita itu bertindak menjerit dan mendakwa dirinya itu baru sahaja pulang dari Wuhan dan dia disahkan dijangkiti wabak Koronavirus dan dia berada dalam keadaan kuarantin.

“Saya baru sahaja pulang dari Wuhan dan telah dijangkiti (koronavirus), jadi saya bersendirian di rumah kerana kuarantin” jerit mangsa apabila lelaki berkenaan cuba menyerangnya.

Selain itu, mangsa turut berpura-pura batuk sambil menolak suspek.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri dengan duit berjumlah 3, 080 yuan(kira-kira RM 1,8000) kerana telah terpedaya dengan kata-kata wanita itu.

Sebaik suspek beredar, mangsa telah membuat laporan polis. Suspek kemudiannya telah menyerah diri pada hari Isnin lalu dan kini berada dalam tahanan.

Sumber: Daily Mail