Berikutan daripada isu perletakan jawatan Dr.Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia,Dr Maszlee Malik mendakwa yang terdapat sesetengah individu mendakwa yang beliau sebenarnya dipecat disebabkan perancangan King Salman Centre for International (KSCIP) sperti yang telah viral baru-baru ini di dalam media sosial.

Kata beliau, hal ini merupakan adalah fitnah semata-semata dan ia tiada kaitan langsung dgn KSCIP semasa beliau masih memegang jawatan menteri pendidikan.Walau bagaimanapun, Dr Maszlee Malik masih kesal kerana difitnah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Beliau telah menegaskan hal ini di laman Twitter rasminya.


“Ini adalah fitnah” 



Tidak pernah ada pun perbincangan mengenai King Salman Centre for International Peace (KSCIP) semasa saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu.

Malah apa kaitannya dengan KPM?

Anda semua boleh semak dengan warga KPM. Segala gerak kerja saya, semua ada dalam laporan dan direkodkan.

Ya Tuhan. Berikan saya kekuatan untuk mengharungi fitnah ini.


Saya sudah tiada jawatan apa-apa. Saya bukan lagi menteri. Saya hanya rakyat biasa.

Saya mohon agar fitnah sebegini dihentikan segera oleh sesiapa sahaja dalangnya, dan saya merayu sangat-sangat agar media menyemak dahulu kesahihan berita sebelum disiarkan.


Terima kasih.

Sumber: Dr Maszlee Malik